Wednesday, October 15, 2008

Tanaman Hiasan (Kemahiran Hidup KBSR) Tahun 4

Jenis – Jenis Tanaman Hiasan

POKOK NAUNGAN

• Batang yang tidak bercabang atau berdahan.

• Tempat teduhan.

• Tumbuh merendang & kanopi yang padat.

• Jangka hayat yang panjang.

POKOK MEMANJAT ATAU MENJALAR

• Pokok memanjat mempunyai batang yang yang lembut.

• Memerlukan sokongan untuk memanjat

• Melilit pada pancang atau struktur yang dibina bagi membolehkannya memanjat.

POKOK BUNGA SEMUSIM

• Rendah & batang tidak berkayu.

• Mudah ditanam dan dibiak melalui biji benih.

• Semakin popular di Malaysia & banyak ditanam di negara beriklim sederhana.

• Kitaran hidup kurang dari setahun.

• Cepat mati. Biasanya akan mati selepas berbunga.

POKOK KAKTUS

• Tergolong dalam jenis famili cactaceae.

• Hidup di gurun pasir yang bersuhu tinggi dan kekurangan air.

• Telah menjalani proses pengubahsuaian bagi membolehkannya hidup.

POKOK RENEK

• Pokok yang mempunyai batang yang berkayu.

• Mempunyai banyak batang

• Terdapat 3 jenis:

Pokok renek berdaun

Pokok renek pagaran

Pokok renek berbunga

POKOK PALMA

• Tumbuhan monokotiledon yang terbesar dan tertua di dunia.

• Dari famili palmae

• Mempunyai satu batang yang berakhir dengan jambak daun.

POKOK PAKU - PAKIS

• Spesies berdaun hijau.

• Menarik

• Tidak berbunga

• Dikenali sebagai pteridophyta

PENUTUP BUMI

• Tumbuhan rendah yang tumbuh menjalar di atas permukaan.

• Tujuan penanaman – mengawal rumpai.

POKOK HIASAN

• Cepat membesar dan ditanam dalam bekas atau tanah.

• Jangka hayat adalah sederhana.

• Mempunyai daun, bunga, buah, dan rupa bentuk yang menarik.

• Digunakan untuk menghias kawasan dan sebagai penanda kawasan bagi menarik perhatian.

• Sesuai dijadikan sebagai pelindung atau tabir.

POKOK HERBA

• Ditanam untuk mendapatkan unsur warna hijau dan tekstur yan menarik.

• Boleh dijadikan ubatan tradisional.

• Rendah dan tidak berkayu.

POKOK LENDAIR

• Tidak mempunyai tisu kayu pada bahagian sokongan seperti ranting dan batang.

• Tidak tahan dengan pancaran matahari yang kuat.

No comments: