Wednesday, October 15, 2008

Tanaman Hiasan (Kemahiran Hidup KBSR) Tahun 4

Jenis – Jenis Tanaman Hiasan

POKOK NAUNGAN

Batang yang tidak bercabang atau berdahan.

Tempat teduhan.

Tumbuh merendang & kanopi yang padat.

Jangka hayat yang panjang.

POKOK MEMANJAT ATAU MENJALAR

Pokok memanjat mempunyai batang yang yang lembut.

Memerlukan sokongan untuk memanjat

Melilit pada pancang atau struktur yang dibina bagi membolehkannya memanjat.

POKOK BUNGA SEMUSIM

Rendah & batang tidak berkayu.

Mudah ditanam dan dibiak melalui biji benih.

Semakin popular di Malaysia & banyak ditanam di negara beriklim sederhana.

Kitaran hidup kurang dari setahun.

Cepat mati. Biasanya akan mati selepas berbunga.

POKOK KAKTUS

Tergolong dalam jenis famili cactaceae.

Hidup di gurun pasir yang bersuhu tinggi dan kekurangan air.

Telah menjalani proses pengubahsuaian bagi membolehkannya hidup.

POKOK RENEK

Pokok yang mempunyai batang yang berkayu.

Mempunyai banyak batang

Terdapat 3 jenis:

Pokok renek berdaun

Pokok renek pagaran

Pokok renek berbunga

POKOK PALMA

Tumbuhan monokotiledon yang terbesar dan tertua di dunia.

Dari famili palmae

Mempunyai satu batang yang berakhir dengan jambak daun.

POKOK PAKU - PAKIS

Spesies berdaun hijau.

Menarik

Tidak berbunga

Dikenali sebagai pteridophyta

PENUTUP BUMI

Tumbuhan rendah yang tumbuh menjalar di atas permukaan.

Tujuan penanaman – mengawal rumpai.

POKOK HIASAN

Cepat membesar dan ditanam dalam bekas atau tanah.

Jangka hayat adalah sederhana.

Mempunyai daun, bunga, buah, dan rupa bentuk yang menarik.

Digunakan untuk menghias kawasan dan sebagai penanda kawasan bagi menarik perhatian.

Sesuai dijadikan sebagai pelindung atau tabir.

POKOK HERBA

Ditanam untuk mendapatkan unsur warna hijau dan tekstur yan menarik.

Boleh dijadikan ubatan tradisional.

Rendah dan tidak berkayu.

POKOK LENDAIR

Tidak mempunyai tisu kayu pada bahagian sokongan seperti ranting dan batang.

Tidak tahan dengan pancaran matahari yang kuat.